RAMADAN TANPA MASJID
Masuk Tahun Ke-3, Umat Islam di Gaza Bersejadahkan Tanah, Berbumbungkan Langit..

Sejak genosid berterusan di Gaza, lebih 1,000 buah masjid telah musnah. Sebahagiannya rata dibedil, manakala sebahagian lagi sudah tidak selamat untuk digunakan.

Akibatnya, rakyat Gaza terpaksa melaksanakan solat berjemaah di kawasan terbuka atau di sebalik runtuhan. Tiada lagi saf yang terlindung, tiada ruang untuk bertadarus, dan tiada tempat untuk beriktikaf sepanjang bulan Ramadan nanti.

Masjid yang suatu ketika dahulu menjadi pusat ibadah dan komuniti,
kini hancur menjadi butiran debu di tanah Gaza.

Namun begitu, iman mereka tetap teguh, walaupun terpaksa bersujud di atas tanah dan bernaung di bawah langit terbuka.

Alangkah indahnya jika MASJID KHEMAH DAPAT DI BINA sebagai masjid sementara, agar azan kembali berkumandang, saf kembali dirapatkan
dan Ramadan tetap bernyawa walaupun tanpa bangunan kekal.

"Siapa yang membina masjid kerana Allah,

Allah akan bina untuknya rumah di syurga."

(HR. Bukhari & Muslim)

Masih ingat waktu PKP dahulu?

Apabila masjid ditutup, kita rasa sunyi tanpa saf, rindu tarawih berjemaah, dan terasa Ramadan itu “lain daripada biasa”.

Bezanya… PKP kita sementara.


Ketiadaan masjid mereka sudah masuk tahun ketiga.

Jika kita pun terasa kehilangan,
bagaimana pula perasaan mereka yang langsung tiada pilihan?
Anda tidak perlu menunggu sehingga mampu memberi dalam jumlah besar. Dengan serendah RM10 , anda sudah menjadi sebahagian daripada pewakaf yang menyediakan ruang solat yang lebih baik buat rakyat Gaza sepanjang Ramadan.
Sedikit dari kita, cukup besar maknanya untuk mereka.


Ramadan dalam hitungan hari.

Masjid khemah perlu didirikan sebelum Ramadan bermula, supaya:

✔ Solat tarawih dan raya dapat dilakukan dengan selamat
✔ Pengajian al-Quran dapat dijalankan
✔ Jemaah tidak lagi bersujud di tanah terbuka


Setiap hari kelewatan, bermakna satu lagi malam Ramadan tanpa ruang ibadah yang sempurna.
BANTUAN TERKINI

Jangan biarkan Ramadan mereka berlalu tanpa masjid lagi..
Setiap sujud mereka, ada bahagian pahala untuk anda
Buru Saham Akhirat Sekarang!


Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

PILIHAN SUMBANGAN

Pilihan Kuantiti Nilai (RM)
Saham Akhirat - Bina Masjid Hayat Gaza (1 LOT RM500)
Saham Akhirat - Bina Masjid Hayat Gaza (1/2 LOT RM250)
Saham Akhirat - Bina Masjid Khemah Gaza RM100
Saham Akhirat - Bina Masjid Hayat Gaza RM50
Saham Akhirat - Bina Masjid Hayat Gaza RM30
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PENYUMBANG

Sila pilih SETUJU/TIDAK SETUJU untuk menerima sebarang hebahan daripada Pertubuhan Global Hayat

BUTIRAN SUMBANGAN


PENGESAHAN