Sejuk terasa hingga ke tulang dengan baju nipis dalam khemhah yang mulai tenggelam.
Tahukah anda untuk bulan Disember ini sahaja, lebih daripada 27,000 khemah rakyat Gaza tenggelam dalam banjir akibat hujan lebat. Hal ini telah mengakibatkan ratusan ribu penduduk Gaza kehilangan tempat tinggal.
Hujan adalah rahmat. Akan tetapi bagi penduduk Gaza, hujan lebat tanpa henti boleh jadi sesuatu yang menakutkan.
Mereka tinggal hanya di dalam khemah bukan di dalam rumah yang mempunyai dinding dan bumbung yang konkrit.
Hujan yang lebat bila-bila masa boleh akan menenggelamkan dan membawa hanyut 'rumah' mereka.
Ketika kita dapat berteduh di dalam rumah yang kukuh, saudara kita di Gaza hanya berlindung di dalam khemah yang nipis dan hampir runtuh ditelan air.
Anak-anak kecil hanya mampu menangis menggigil menahan kesejukan. Bukan kerana ibu bapa mereka gagal tetapi kerana ujian hidup sebagai penjaga tanah wakaf.
Jika anak-anak kecil itu adalah anak yang kita kandungkan selama 9 bulan, betapa luluhnya hati kita melihat keadaan sebegitu.
Bagaimana nasib mereka sekiranya sekiranya tiada tangan-tangan yang sudi membantu? Adakah esok mereka hidup lagi? Adakah anak-anak kecil itu esok akan menangis lagi ataupun mungkin mereka telah pergii dalam kedinginan dan kelaparan.
Dalam keadaan banjir sekaligus musim sejuk sekarang ini, penduduk Gaza sangat memerlukan makanan, pakaian tebal, stokin, selimut unutk bertahan daripada sejuk melampau.
Selain itu, mereka juga sangat-sangat memerlukan kanvas tebal dan untuk dijadikan dinding dan bumbung khemah mereka agar tidak hanyut dibawa banjir.
1 sumbangan anda yang bernilai RM30 sebenarnya boleh menyelamatkan 1 nyawa di Gaza. Anda boleh selaamtkan mereka dari sejuk yang membunuh ataupun kebuluran melampau ataupun menjadi tiang untuk khemah mereka.
Angka kematian kerana kebuluran juga semakin meningkat. Jadilah penyelamat untuk Gaza dengan menyumbang hari ini.
Alhamdulillah atas izin Allah dan atas sokongan jitu daripada para penyumbang, Global Hayat berjaya menyalurkan sumbangan melalui beberapa kempen yang dijalankan.